Tahukah Anda

Major cities in California, many of which were under contract with Redflex, decided to drop their cameras, including Riverside, Emeryville, Yuba City, Glendale, Gardena, Grand Terrace, Los Angeles and Pasadena
http://www.thenewspaper.com/news/38/3881.asp

Wednesday, August 21, 2013

Hishamuddin - Kesalahan Memandu Laju Berkurangan, Kemalangan Maut Meningkat

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien cakap berbelit-belit hanya untuk mempertahankan AES. Ada apa-apa ker?

Mula-mula kata berlaku peningkatan kemalangan maut dalam Ops Selamat semasa hari raya dulu.
Ops Selamat yang dilancarkan pada 1 Ogos hingga 15 Ogos lalu telah mencatatkan 258 kes kemalangan maut iaitu peningkatan sebanyak 14.2 peratus berbanding 226 kes kemalangan maut yang dicatatkan pada Ops Selamat tahun lalu. Peningkatan angka ini membuktikan bahawa kesedaran dan sikap pemanduan rakyat Malaysia tidak banyak berubah. Malah ia terus menjadi masalah yang berlanjutan sehingga membelenggu kita setiap kali tibanya musim perayaan.
Tapi dalam masa yang sama Hishammuddin menyatakan: 

Ini kerana, 14 kamera AES yang dipasang secara rintis di seluruh negara telah mencatatkan kadar penurunan saman sehingga 65 peratus dari segi kesalahan memandu melebihi had laju (dari Januari 2013 hingga Jun 2013). Penurunan kadar saman ini menunjukkan bahawa pelaksanaan AES memberi kesan terhadap cara pemanduan rakyat Malaysia.

Kesalahan memandu laju turun tapi kemalangan maut meningkat. Apa maknanya ini?


Tugas Terbaru Hishamuddin Selamatkan Syarikat Pembekal AES


14 kamera AES yang dipasang secara rintis di seluruh negara telah mencatatkan kadar penurunan saman sehingga 65 peratus dari segi kesalahan memandu melebihi had laju (dari Januari 2013 hingga Jun 2013). Penurunan kadar saman ini menunjukkan bahawa pelaksanaan AES memberi kesan terhadap cara pemanduan rakyat Malaysia. - Hishammudin Hussien Onn


iii) Kerajaan akan mengambil alih operasi dan penguatkuasaan sistem AES daripada syarikat pengendali sedia ada, menerusi lantikan sebuah syarikat milik penuh kerajaan. - Hishamuddin Hussien Onn

Apakah makna kenyataan Hishamuddin Tun Hussien Onn semalam dalam dua para di atas jika bukan menunjukkan kerajaan sudah merangka operasi menyelamatkan syarikat yang membekal sistem AES?

Anda nilaikan sendiri agenda bekas Menteri Dalam Negeri ini! 

Undilah beliau untuk Naib Presiden UMNO! kah kah kah

Dengan Gangster Takut, Dengan Pengguna Jalan Raya Bukan Main Garang

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hisahmuddin Tun Hussien membuat kenyataan akhbar semalam membabitkan AES yang hanya menekankan kepentingan AES dan juga janji beliau akan menekan pengguna jalan raya dengan sistem kejara jika tidak membayar saman AES. 

Bersengkongkol dengan Peguam Negara yang tidak lagi berani membawa kes AES ke Mahkamah, mereka ingin menekan pengguna jalan raya agar membayar saman AES atau berhadapan dengan pemotongan mata dalam sistem kejara. 

Mana janji Peguam Negara suatu ketika dahulu bahawa semua kes AES tidak boleh diselesaikan melalui kompaun tetapi kena dihadapkan ke mahkamah?

Kedua-dua orang besar negara ini sangat terkenal dengan "ketakutan" kepada kongsi gelap dan gangster sehinggakan dihapuskan Ordinan Darurat dan jenayah berat berlaku secara berleluasa sebelum Zahid Hamidi menjadi Menteri Dalam Negeri.

Bacalah kenyataan Media PEMANGKU MENTERI PENGANGKUTAN DAN PERDANA MENTERI MASA DEPAN INI.


Pelaksanaan Automated Enforcement System (AES)
Putrajaya, 20 Ogos 2013

Ops Selamat yang dilancarkan pada 1 Ogos hingga 15 Ogos lalu telah mencatatkan 258 kes kemalangan maut iaitu peningkatan sebanyak 14.2 peratus berbanding 226 kes kemalangan maut yang dicatatkan pada Ops Selamat tahun lalu. Peningkatan angka ini membuktikan bahawa kesedaran dan sikap pemanduan rakyat Malaysia tidak banyak berubah. Malah ia terus menjadi masalah yang berlanjutan sehingga membelenggu kita setiap kali tibanya musim perayaan.
Dalam konteks ini, pihak kerajaan melihat pelaksanaan Automated Enforcement System (AES) merupakan salah satu usaha terbaik dalam mendidik dan memberi peringatan kepada pengguna jalan raya di negara ini.
Ini kerana, 14 kamera AES yang dipasang secara rintis di seluruh negara telah mencatatkan kadar penurunan saman sehingga 65 peratus dari segi kesalahan memandu melebihi had laju (dari Januari 2013 hingga Jun 2013). Penurunan kadar saman ini menunjukkan bahawa pelaksanaan AES memberi kesan terhadap cara pemanduan rakyat Malaysia.
Atas dasar ini, Kementerian Pengangkutan bersama pihak-pihak berkepentingan (stake holders) telah melakukan penilaian holistik terhadap sistem ini dengan mengambil kira semua pandangan, keluhan, permasalahan serta isu-isu yang dibangkitkan oleh semua pihak khususnya pengguna jalan raya.
Hasil daripada penilaian holistik ini telah dibawa kepada Mesyuarat Majlis Ekonomi (EC) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri semalam (19 Ogos 2013) bagi memutuskan penyelesaian yang adil dan tepat berhubung pelaksanaan AES. Justeru, susulan daripada mesyuarat ini serta mengambil kira keluhan rakyat, pihak kerajaan telah mempertimbangkan:
i) Secara dasarnya, operasi 14 kamera AES akan diteruskan. Namun demikian, penambahan dan perluasan skop AES akan diperhalusi di peringkat Jawatankuasa Pemandu dengan mengambil kira isu-isu yang berkaitan.
ii) Modul yang digunapakai sebelum ini melibatkan Revenue Sharing akan dipinda agar pelaksanaan AES lebih telus, adil dan saksama kepada semua pihak.
iii) Kerajaan akan mengambil alih operasi dan penguatkuasaan sistem AES daripada syarikat pengendali sedia ada, menerusi lantikan sebuah syarikat milik penuh kerajaan.
iv) Penubuhan Jawatankuasa Pemandu yang dipengerusikan oleh Menteri Pengangkutan merangkumi Kementerian dan Agensi terlibat termasuk Kementerian Kewangan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Peguam Negara, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Pemandu, Jabatan Kerja Raya (JKR), dan lain-lain.
Jawatankuasa Pemandu ini akan menentukan hala tuju dan perluasan pelaksanaan AES termasuk garis panduan serta penyelarasan dari segi perundangan, kewangan, operasi dan komunikasi.
Sebagai contoh, Jawatankuasa Kecil Perundangan yang dipengerusikan oleh Peguam Negara akan melihat secara khusus status pembayaran saman, tunggakan di mahkamah dan penyelarasan kadar saman.
Jawatankuasa Kecil Kewangan yang diterajui oleh Kementerian Kewangan pula akan melihat kepada urusan pengambilalihan saham dari syarikat konsesi oleh syarikat penuh milik kerajaan.
Manakala Jawatankuasa Kecil Operasi yang diterajui Kementerian Pengangkutan dan PDRM akan melihat kepada aspek-aspek perluasan AES dengan mengambil kira kajian agensi berkaitan dan maklum balas daripada rakyat.
Selain itu, mesyuarat EC juga telah memutuskan bahawa sistem AES diselaraskan dengan sistem merit KEJARA yang membolehkan lesen memandu pesalah lalu lintas digantung sekiranya pesalah gagal menjelaskan saman AES ataupun melakukan kesalahan berulang kali.
Perlu ditegaskan bahawa pelaksanaan sistem ini bukannya bertujuan memerangkap rakyat atau memberi keuntungan kepada syarikat swasta dari segi kutipan saman, sebaliknya ianya bagi mendidik pengguna jalan raya agar lebih berdisiplin, berhati-hati sekali gus mengurangkan kemalangan jalan raya di negara ini.

YB. Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia 

Saturday, August 3, 2013

Hishamuddin Mahu Selesai AES, Macam Tikus Baiki Labu Jawapannya!

Entah apa sayangnya Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kepada sepupunya Datuk Seri Hisahmuddin Tun Hussien Onn. Selepas memporakperandakan Kementerian Dalam Negeri, kini beliau diberi tanggungjawab pula menjaga Kementerian Pertahanan di samping memangku jawatan Menteri Pengangkutan.

Penulis bukanlah anti Hishamuddin sangat, namun kenyataan Hishamuddin hari ini sekadar membuktikan sepupu Perdana Menteri ini langsung tidak mempunyai sebarang idea apakah isu-isu yang menimbulkan kemarahan rakyat dan apa pula isu yang menjadi mainan Pakatan Rakyat.

Telah berkajang bantahan, pendangan dan kritikan orang ramai mengenai Sistem Pengutkuasaan Automatik (AES), namun yang diambil kira oleh Hishamuddin untuk kajian semula hanyalah apa yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat. Seolah-olah pandangan penyokong Barisan Nasional tidak penting kepada Hisham.

1. Kritikan Kami Terhadap AES
2. Cadangan Perubahan


Sebaliknya Menteri Pengangkutan hanya peduli siapa kutip saman, dan projek siapa. 

Majoriti rakyat biasa tidak pedulilah ini projek Omar Ong atau Mahfuz Omar atau H20! Yang kami mahukan sesuatu polisi yang memberi kesan kepada rakyat dibuat secara tertib, berhemah dan adil.

Malangnya sepupu Perdana Menteri ini tidak membaca, tidak meneliti dan tidak mengkaji suara kemarahan orang ramai.

Inilah kenyataan pemangku Menteri Pengangkutan:

Sistem AES dikaji semula selepas Aidilfitri

Putrajaya: Penggunaan Sistem Pengutkuasaan Automatik (AES) akan dinilai dan dikaji semula selepas sambutan Aidilfitri ini kerana pelaksanaannya mendapat bantahan pelbagai pihak.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kerajaan menerima banyak rungutan dan maklum balas negatif berikutan sistem itu dikendalikan oleh pihak ketiga.

Sehubungan itu, katanya, semua rungutan dan maklum balas yang diterima daripada orang ramai itu akan diambil kira dalam penilaian semula yang akan dibuat sebelum memuktamadkan tindakan berhubung pelaksanaan AES.

Pembabitan pihak ketiga

Antara bantahan yang kita dengar orang ramai tidak gembira dengan pembabitan pihak ketiga dalam penguatkuasaan dan kutipan saman membabitkan AES. Bagi saya aspek penggunaan kamera itu bukan isu utama tetapi yang menjadi masalah ialah siapa melaksanakan sistem ini dan kutip saman, perkara itu yang perlu ditangani oleh kerajaan, katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan Sempena Perayaan Aidilfitri di sini hari, semalam. Pelancaran kempen kali ini buat julung kalinya itu turut membabitkan Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pertahanan, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Wilayah Persekutuan.

Turut hadir, Menteri Kerja Raya, Datuk Fadhilah Yusof; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr J Jaya Loga Mohan serta Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan sri Aseh Che Mat.

Pelaksanaan tetap dilaksana Dalam pada itu, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, penguatkuasaan membabitkan kamera operasi had laju oleh polis juga akan tetap dilaksanakan sepanjang musim perayaan ini. Ia bagi memastikan pemandu mengikut cara pemanduan berhemah, khusus di beberapa lokasi yang sudah dikenal pasti sebagai lokasi merbahaya, katanya.

Beliau berkata, penguatkuasaan AES juga tetap akan berjalan seperti biasa sepanjang musim perayaan ini sehingga satu keputusan mengenainya ditetapkan.

Sudah berapa lama bahas, tunggu lepas raya baru hendak kaji. Semua pegawai makan gaji buta ker? Hendak raya sahaja tidak perlu kerja?

Satu Menteri Pengangkutan sudah kalah teruk di Lumut. Apakah Hishammudin mahu mengulangi sejarah itu?

Tuesday, January 29, 2013

AES - Tun Mahathir Diberi Maklumat Salah

1. Semalam, bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menulis dalam blognya mengkritik mereka yang mengkritik pelaksanaan Sistem PENGUATKUASAAN SECARA AUTOMATIK (AUTOMATED ENFORCEMENT SYSTEM) atau lebih dikenal sebagai AES. (Baca di sini)

2. Penulis merasa terkejut dengan tulisan Tun Mahathir kali ini kerana jelas beliau tidak diberi maklumat yang tepat. Mengapa sekian banyak pegawai penyelidik Tun Mahathir membiarkan pandangan Tun Mahathir dimanipulasi oleh syarikat pengendali AES. 

3. Tun mendakwa, "tidak ada siapa dimana-mana di dunia yang menentang kegunaan alat kesan laju ini." Kenyataan ini adalah sama sekali kerana di mana sahaja dilaksanakan sistem ini telah terdapat bantahan dan memorandum yang serius. Malahan dalam sesetengah kes ia telah menumbangkan beberapa wakil rakyat di peringkat Pilihan raya perbandaran yang menyokong AES ini. Di beberapa tempat lain kamera AES ini telah pun ditanggalkan oleh kerajaan.  

4. Keseluruhan hujahan Tun Mahathir bukan sahaja tidak benar malah terdapat kesalahan fakta yang serius. Tun Mahathir salah apabila menyatakan AES menjadi isu politik kerana ia dilakukan oleh pemerintah. Tun Mahathir merendah-rendahkan mereka yang mengkritik AES sebagai penentang sebarang tindakan kerajaan walaupun baik atas nama politik.



5. Untuk makluman Tun, isu ini bukan isu politik kepartian. Tapi tentulah kerana kebebalan pemimpin hari ini melaksanakannya menjelang pilihan raya maka ia diambil kesempatan oleh parti lawan.

6. Yang bermasalah dalam AES bukanlah batang tubuh kamera. Rakyat tidak membantah usaha kerajaan untuk mengurangkan kemalangan maut. Rang dikritik dan dibantah ialah cara pelaksanaan AES. Yang membantah bukan sahaja dari kalangan penyokong pembangkang tetapi juga ahli UMNO dan juga rakyat biasa. Penulis sendiri adalah ahli UMNO. Justeru apakah kerana penulis tidak bersetuju dengan cara pelaksanaan AES maka penulis dianggap sebagai penyokong parti lawan?

7. Tun perlu tahu bahawa bahawa majoriti yang mengkritik pelaksanaan AES bukanlah penyokong Pakatan. Malahan sebahagian besar tidak pun menolak AES secara dasar. Yang kami tolak ialah AES telah dijadikan alat untuk kerajaan mengutip duit bukannya mengurangkan kemalangan. Contohnya:

i. Tempat-tempat kamera AES diletak tidak pernah dibuktikan melalui statistik sebagai tempat kemalangan maut. Sebaliknya kamera AES diletakkan di tempat-tempat yang mudah untuk kerajaan memerangkap pemandu yang terlebih had laju.

ii. Had laju ditetapkan juga tidak masuk akal jika diambil kira struktur jalan, sistem jalan dan keadaan trafik. Ada had laju lebuh raya 3 lorong sehala lebih perlahan daripada jalan persekutuan yang bersimpang siur. Adakah Tun fikir kami ini bodoh, bangang dan bahlul untuk menerima sahaja AES tanpa persoalan? 

iii.Kaedah saman juga tidak masuk akal. Siapa mampu bayar awal dapat murah. Siapa bayar lambat bayar mahal. Sepatutnya makin laju kenderaan terbabit maka makin tinggi saman yang dikenakan. Sistem saman "cap ayam" ini membolehkan mereka yang kaya raya memandu selaju mungkin dengan ferari atau Posrche mereka 200K/J tetapi bayar saman lebih murah dari  Pak Mat atau Muthu yang memandu Iswara dengan kelajuan 100 Km/J.  

iv. Majoriti kemalangan maut akibat kelajuan berlaku di jalan Persekutuan, namun mengapa kamera ini lebih banyak di pasang di lebuh raya?

v. Apakah masuk akal ada tempat tertentu had laju lebuh raya tiga lorong hanya 80 KM/J, dan di sinilah diletakkan kamera AES. Had ini lebih rendah daripada jalan persekutuan yang melalui kawasan kampung dan bandar yang diletakkan had laju 90KM/J.

8. Berdasarkan penerangan ringkas ini cuba Tun fikir apakah AES ini mahu mengurangkan kemalangan atau hendak kutip saman saja.

9. Janganlah Tun menjadi alat kepada lalat-lalat dan langau-langau yang datang menerangkan isu semasa kepada Tun. Mereka ini sebenarnya ada agenda sendiri, ada kepentingan sendiri.  Kalau Tun tiada masa, mohon para pegawai Tun baca dan fahami apa masalah AES yang kami bangkitkan ini:





Saturday, December 8, 2012

Mereka Yang Menyokong AES

Redflex Traffic Systems of Australia kicked in at least $108,000 to fund the Safe Roads Ohio front group to campaign for cameras in both Garfield Heights and South Euclid -- the equivalent of $15 per vote. This compares to the unfunded effort in South Euclid to put a stop to the cameras, which won 55 percent of the vote.


http://www.thenewspaper.com/news/36/3634.asp

Wednesday, December 5, 2012

Ulasan Wawancara KP JPJ Dengan Utusan Malaysia (Siri 1)

Menteri Pengangkutan dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Sabotaj Barisan Nasional


UTUSAN: Bolehkah Datuk kongsikan latar belakang Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di negara ini, bagaimana ia bermula?
SOLAH: AES dirancang oleh kerajaan sejak 2005 dalam usaha menangani isu kemalangan dan kematian yang berlaku akibat kemalangan jalan raya di negara ini. 
... 
AES dilaksanakan setelah satu kajian dan penilaian yang teliti dilakukan oleh kerajaan termasuklah dengan melakukan kajian di negara-negara luar yang telah melaksanakan sistem penguatkuasaan secara elektronik.
Hasil kajian di sembilan buah negara yang melaksanakan sistem seumpama itu, maka kerajaan memutuskan untuk melaksanakan AES setelah berpuas hati dengan keberkesanan pelaksanaan AES di negara-negara yang dilawati dalam mengurangkan kemalangan dan kematian akibat kemalangan jalan raya di negara-negara berkenaan.
...
Dalam menerangkan latar belakang kejayaan di negara-negara lain mengapa Datuk Solah tidak menyatakan bahawa di banyak negara telah wujud tentangan serius terhadap sistem ini. 

Mengapa tidak dinyatakan bahawa beberapa pihak berkuasa tempatan di Amerika Syarikat telah pun menolak pemasangan AES ini. Mengapa tidak dinyatakan bahawa banyak pilihan raya pihak berkuasa tempatan di  di Amerika Syarikat, memberi kemenangan besar kepada calon-calon yang menentang AES. 

Solah dan Menteri Pengangkutan sebenarnya memperjudikan kerajaan Barisan Nasional menentang kemarahan rakyat. Apakah Perdana Menteri dimaklumkan oleh Solah dan Chong Kong Ha (Menteri Pengangkutan) mengenai kenyataan ini: 

Most recently, Los Angeles, California just terminated its red light camera program, costing the company millions. ATS lashed out at San Bernardino after its city council voted unanimously in March to cancel its photo ticketing contract with ATS before the 2014 expiration date. In an April letter, Police Chief Keith L. Kilmer offered to pay ATS CEO James Tuton $175,000 in accordance with Section 4.4 of the contract governing cancellation fees. ATS insisted that it will not allow San Bernardino to get out of the contract.
"The termination/cancellation fee is inapplicable here because Section 4.4 specifically provides for a termination and cancellation fee only 'in the event of termination due to a breach by the municipality,'" ATS attorney Vanessa Soriano Power wrote in a May 4 letter to the city. "Thus, Section 4.4 applies only where ATS elects to terminate the agreement." 
ATS insists that San Bernardino must pay $1,896,202.05 to end photo ticketing.
Mengapa Solah tidak menerangkan bahawa terdapat pengalaman-pengalaman pahit negara lain yang menimbulkan kemarahan orang ramai seperti di Australia? 

Di Australia negera kelahiran Redflex sendiri, kerajaan negeri New South Wales bertukar tangan akibat kemarahan terhadap sistem ini. Antara tindakan utama Perdana Menteri Barry O' Farrel ialah mengarahkan audit terhadap sistem ini. Hasilnya,  


More than one quarter of New South Wales’ speed cameras have been switched off after a state government audit found they had no significant impact on road safety. The audit, conducted by NSW Auditor-General Peter Achterstraat, revealed that 38 of the state’s 141 speed cameras did little to improve safety.
Adakah Perdana Menteri  Malaysia dimaklumkan keadaan politik seumpama ini oleh Menteri Pengangkutan dan Solah?