Tahukah Anda

Major cities in California, many of which were under contract with Redflex, decided to drop their cameras, including Riverside, Emeryville, Yuba City, Glendale, Gardena, Grand Terrace, Los Angeles and Pasadena
http://www.thenewspaper.com/news/38/3881.asp

Monday, November 19, 2012

Lagi Pembohongan Fakta Oleh Penyokong AES


Federal traffic police refute death toll claim
KUALA LUMPUR: The federal traffic police have refuted claims by the Road Transport Safety Department that there have been 70,000 deaths from traffic accidents between 2001 and 2010.
Federal deputy traffic chief Asst Comm Mohd Fuad Abd Latiff said there have been 63,167 accident fatalities, based on police records.
Road Transport Safety Department (JKJR) director-general Leslie Leon had cited the 70,000 figure in an article in The Star yesterday.
“We are trying very hard to reduce deaths from accidents and JKJR should cross-check its statistics with us before releasing a statement that blows up the numbers,” he said.
ACP Mohd Fuad said among the steps taken to reduce traffic accidents were joint operations with other traffic enforcement agencies like the Road Transport Department (JPJ) and the Land Public Transport Commission (SPAD).
Commenting on the Automated Enforcement System (AES) he said the camera helped reduce accidents to a certain extent.
“But when motorists are aware of the exact location of a speed trap, they may only abide by the law in the vicinity of the camera and go back to speeding after passing the camera,” he said.
He said road users must change their mentality and be more cautious and law abiding for accidents to be reduced nationwide.
It was reported in The Star yesterday that the Automated Enforcement System (AES) had changed the behaviour for the better.

Source: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/11/17/nation/12334526&sec=nation

Friday, November 9, 2012

Apa Motif Fuad Zarkashi?

Sudah beberapa kali Timbalan Menteri Pelajaran, Fuad Zarkashi, membuat kenyataan menyokong AES. Semalam beliau meminta kerajaan jangan melayan tuntutan pengkritik AES  agar sistem ini ditangguhkan. Minggu lalu beliau mahukan kerajaan jangan buat sebarang perubahan terhadap AES kerana ia akan menjadikan kerajaan Flip-flop.

Sekali lagi kita nampak, mereka yang berada di dalam kerajaan tidak memahami isu. Kita ulang lagi - AES memang baik jika dilaksanakan dengan betul. Malangnya, Fuad gagal memahami permasalahan-permasalahan yang dibangkitkan oleh orang ramai. 

Inilah masalah apabila kita melantik Menteri dan Timbalan Menteri yang pandai bercakap tetapi tidak boleh berfikir.

Kita tidak persoalkan pemasangan Kamera AES di kawasan sekolah-sekolah. Pasanglah beratus kamera pun. Letaklah berpuluh tempat saman ekor kerana mungkin jumlah kematian murid sekolah akibat dilanggar kereta laju sudah berpuluh orang setahun.

Yang kita persoalkan tidak bolehkah had laju dinaikkan sedikit dari 30KM/J kepada 50 KM/J sebelum di pasang AES. 

Jika had laju kekal 30KM/J pun kita tertanya-tanya apa perlu kamera AES di kawasan sekolah berfungsi 24 jam? Sepatutnya kamera ini hanya berfungsi di waktu persekolahan. Malangnya pada jam 12 malam pun kamera AES ini akan tetap merakam kenderaan yang memandu melebih had laju 30KM/J.

Ini yang Fuad Zarkashi tidak faham atau pura-pura tidak faham. Tidak perlulah beliau meminta beberapa Pengerusi PIBG sekolah menyokong kenyataan beliau dalam Utusan Malaysia hari ini kerana ia hanya menampakkan kemalasan berfikir mereka ini.

Kita juga tertanya-tanya apa motif Fuad beria-ia mempertahankan AES sehinggakan tidak boleh dikritik langsung. Adakah Fuad mempunyai agenda sendiri atau mempunyai hubung kait dengan salah sebuah syarikat AES ini. Apakah Fuad ada menerima sumbangan daripada pelobi-pelobi AES ini?

Pertanyaan-pertanyaan ini sangat relevan kerana Fuad yang berada di bawah potfolio lain begitu bersungguh mempertahankan AES.

Di kalangan ahli UMNO juga perlu bertanya, apakah Fuad ingin mensabotaj Barisan Nasional untuk keuntungan Anwar Ibrahim? Sebagai seorang yang pernah akrab dengan Anwar suatu ketika dahulu termasuk ketika di Yayasan Anda, maka kita berhak mempersoalkan motif Fuad begitu bersungguh menyokong AES. 

Adalah mustahil ketika Pemuda UMNO sendiri mengetahui kemarahan orang ramai terhadap cara AES dilaksanakan, Fuad memilih untuk menyokong tanpa agenda "udang sebalik batu".

Jika Fuad ikhlas mahu menyokong AES beliau sepatutnya menjawab kritikan-kritikan terhadap AES bukannya menyokong membuta-tuli. 

Lebih utama, Fuad sepatutnya menumpukan usaha-usaha menyelesaikan masalah sekolah berbanding bercakap soal keselamatan jalan raya. 

Ada sekolah di Lembah Klang sehingga sekarang jalan masuk ke pintu utamanya belum siap walaupun sudah dua tahun beroperasi. Pelajar tahun satu terpaksa merentasi padang bola sebelum sampai ke sekolah biar panas atau hujan. Apakah tindakan Fuad? Tiada apa-apa. Sebaliknya Timbalan Menteri yang pandai bercakap ini sibuk menjadi promoter AES.

- Editor

Thursday, November 8, 2012

AES Wajar Ditangguhkan Untuk Pembetulan

SHAH ALAM – Cadangan Pemuda Umno mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) adalah wajar kerana membolehkan kerajaan mengkaji dan mengatasi kelemahan yang terdapat pada sistem itu.

 Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, AES langkah pencegahan tetapi kaedah memerangkap pemandu laju tersembunyi bukanlah kaedah terbaik.

Menurutnya, pelaksanaan AES di negara maju memberikan amaran terlebih dahulu sebelum menghampiri kawasan yang mempunyai sistem itu. “Pemilihan kawasan penting untuk meletakkan sistem itu dan amaran perangkap had laju perlu diletakkan lima kilometer sebelum AES untuk membolehkan pemandu memperlahankan kenderaan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohamed Mustafa berkata, Barisan Nasional (BN) perlu prihatin terhadap isu ini kerana ia melibatkan rakyat. “Isu ini menyebabkan BN tidak popular kerana rakyat tidak berpuas hati apabila dipaksa membayar. Kerajaan tidak perlu tergesa-gesa melaksanakan sistem ini,” katanya.

Beliau berkata, isu tersebut dipolitikkan pihak pembangkang dan kerajaan perlu bertanggungjawab mengatasi kelemahan- kelemahan yang ada pada sistem itu. “Tidak ada masalah sistem ini ditangguhkan. Kajian semula perlu dilakukan sebelum ia dilaksanakan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Bersekutu Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, Prof Madya Dr Sivamurugam Pandian berkata, penangguhan akan memberikan kesan kepada pilihan raya kerana ada pihak memanipulasi isu ini.

“Kesannya bergantung kepada keupayaan pihak berwajib untuk mempertahankan keputusan mereka,” katanya.

Beliau berkata, cadangan penangguhan AES oleh Pemuda Umno juga akan memberikan kesan kepada pemimpin BN yang bersetuju dengan pelaksanaan AES sebelum ini.

“Kesannya pasti ada tetapi sekurang-kurangnya membuka ruang perbincangan supaya keputusan yang menang- menang kepada semua pihak,” katanya. http://www.sinarharian.com.my/nasional/wajar-tangguh-laksana-aes-1.99823

Tuesday, November 6, 2012

Mengapa AES Dianggap Perompak

Kami tidak pernah menyatakan had laju tidak perlu, kami kata biarlah masuk akal. Adakah masuk akal jalan dua lorang sehala di Putrajaya kelajuannya 70KM/J, sedangkan jalan persekutuan yang dua hala dari Gambang ke Maran yang terdedah dengan pelbagai simpang, orang melintas, lembu melintas, diletakkan had laju 90KM/J? Tiada AES:

Jalan selebar ini di Putrajaya hanya diletakkan had laju 70 KM/J dan diletakkan AES. Berapa orang telah mati di jalan ini? Boleh JPJ jelaskan kepada kami?

Monday, November 5, 2012

AES: SUDUT PANDANGAN PAKAR

FIKIR DULU SEBELUM MENYOKONG AES

Kami di sini tidak menentang sepenuhnya AES jika ia dilaksanakan secara telus, adil dan bukannya bertujuan mengutip saman. Namun hakikatnya, hari ini mereka memasang "jerangkap samar" di lebuh raya 2 dan 3 lorong sehala. Sebaliknya, jalan-jalan Persekutuan yang menjadi tempat banyak kemalangan maut diabaikan kerana sukar mendapat pulangan dan terdedah kepada vandalisme. 

Jangan berasa hairan atau aneh jika anda melihat terdapat penulis-penulis yang sebelum ini anti kepada kapitalisme melampau hari ini menyokong AES. Jika di Amerika Syarikat, syarikat ini sanggup menyaman kerajaan tempatan yang bercadang membatalkan perkhidmatan mereka, bayangkan berapa banyak mereka sanggup belanjakan untuk "enggage" dengan para penulis dan pembentuk pandangan awam di negara ini.

Desperate Photo Enforcement Firms Sue Cities
Photo radar companies go after municipal clients in Arizona and California to bring in more revenue.
Companies that operate red light cameras and speed cameras are facing increasing opposition across the country. In response, the firms have adopted a strategy of suing cities that have second thoughts about continuing to use cameras in their community. They have also been going after their own customers to collect as much revenue as possible.
Mereka yang menyokong AES mungkin terdiri daripada 3 kumpulan besar iaitu:

1. Percaya kepada mitos AES boleh mengurangkan kemalangan maut dengan drastik.
2. Merasakan perlu untuk mempertahankan apa sahaja dasar kerajaan 
3. Dibayar oleh pelobi-pelobi teknologi ini.

Kepada anda yang percaya bahawa AES yang telah dipasangkan sekarang bukan bertujuan mengurangkan kemalangan tetapi untuk mengutip kompaun sila nyatakan pandangan anda di mana sahaja. Sebarkan laman ini, Like Facebook kami, dan yang penting desak wakil rakyat anda bercakap.

Kita bukan menentang AES, tapi kita mahukan ia dilaksanakan mengikut tujuan asal untuk mengurangkan kemalangan maut akibat kelajuan dan langgar lampu merah. Jabatan Pengangkutan Jalan sila nyatakan justifikasi pemasangan 7 kamera AES di Putrajaya. Berapa orang mati akibat kemalangan maut di Putrajaya sepanjang tahun ini sehingga sebanyak itu kamera di pasang?

-Editor

AES: Pandangan Pemimpin Masyarakat

  •  Cuepacs juga gesa tangguh AES, rancang kaji selidik seluruh negara
  • Kaji Semula AES - Utusan

  • Tangguh AES - Awang Selamat, Utusan Malaysia
    GELOMBANG mahukan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ditangguhkan makin kuat. Selepas Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang mengambil pendirian tersebut, Pergerakan Pemuda UMNO dan beberapa NGO pengguna membuat gesaan yang sama.
    Menurut ketuanya, Khairy Jamaluddin, pelaksanaan sistem itu perlu dikaji semula bagi memastikan ia berfungsi dengan baik dalam usaha mengesan pesalah trafik. Sistem AES beroperasi sejak September lalu bertujuan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini. Ia dikendalikan oleh syarikat konsesi yang diberi tanggungjawab selama lima tahun. Bagaimanapun, menurut Pemuda UMNO, banyak maklum balas diterima mendapati banyak kelemahan pada pelaksanaan AES antaranya lokasi dan had laju praktikal sesebuah lokasi.
    Persoalannya apakah keputusan kerajaan nanti? Setakat ini, Kementerian Pengangkutan tetap mahu meneruskan pelaksanaannya sambil meminta tempoh sehingga enam bulan bagi memastikan keberkesanan AES. Awang yakin kerajaan mampu menangani isu tersebut. Suara dan kepentingan rakyat pasti menjadi pertimbangan utama. Sudah beberapa keputusan besar sebelum ini, dikaji semula dan disambut lega serta positif oleh rakyat.
    Sebagai pengguna, Awang juga lebih cenderung untuk melihat pelaksanaan AES ditangguh demi kebaikan semua. Lagipun masanya sangat tidak kena.


    AES: Pandangan Jurublog dan Penulis Maya Pro-BN

    RBF Online
    1. AES: Kini Saya Sokong 100 Peratus Sebagaimana Rakyat Malaysia Lain Menyokongnya
     2. AES: Kami Bukan Kritik Membabi Buta
    3.AES:Menteri Pengangkutan Cuba Bermain Api Dengan Mencabar Rakyat

    MYKMU.NET
     1. AES: Jawapan Kepada “Bekas Setiausaha Sulit Idris Jala” (Bahagian 1)
    2. AES: Jawapan Kepada “Bekas Setiausaha Sulit” Idris Jala (Bahagian 2)
    3. AES: Menteri Pengangkutan Perlu Letak Jawatan

    Blog Parpukari
    1. ISU PANAS AES! TOLONG JANGAN PERASAN YA PAKATAN HARAM!
    2. AES OH AES! HENTIKAN TERUS LA ATAU BUAT KAJIAN YANG MENDALAM DULU!
    [Segmen ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Jurublog dan penulis boleh meletakkan pautan di dalam komen. Kami akan kemaskini ke dalam ruangan ini dari semasa ke semasa - Editor]

    MENGAPA PENYOKONG KERAJAAN MEMBANTAH PELAKSANAAN AES PADA MASA KINI


    Pertamanya, terdapat corak yang jelas bahawa penentuan had laju di kawasan-kawasan tertentu sengaja direndahkan biarpun tidak mempunyai sebab fizikal jalan raya atau aliran trafik yang mewajarkan bagi pengurangan tersebut. Ambil contoh,  Lebuh Raya Kuala Lumpur – Shah Alam (KESAS) yang mempunyai tiga lorong sehala tanpa banyak susur masuk dan keluar, had lajunya ialah 90KM/J.

    Had laju ini sama dengan beberapa Jalan Persekutuan yang hanya mempunyai satu lorong bagi setiap hala, tidak mempunyai pembahagi jalan dengan kenderaan dari arah bertentangan dan terdedah kepada kenderaan keluar masuk setiap masa.
    Kita dapati di Kesas inilah paling kerap diadakan perangkap had laju. Sekarang di pasang AES bermakna setiap masa terdapat perangkap had laju ini.
    Demikian juga di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Kajang, dalam keadaan fizikal yang serupa, had laju kenderaan tiba-tiba sahaja ditukar daripada 110 KM/J kepada 90KM/J. Di situlah diletakkan kamera penguatkuasaan otomatik ini. Seolah-olah jika kita bawa lebih dari 90KM/J kita akan terbabit dalam kemalangan.

    Tindakan meletakkan kamera ini di kawasan yang had laju berkurangan dari kebiasaan had laju lebuh raya adalah satu manifestasi jelas kerajaan mahu menambah pendapatan negara melalui kompaun kesalahan jalan raya.

    Boleh JPJ terangkan kepada kita mengapa terdapat lebuh raya atau jalan raya yang mempunyai dua atau tiga lorong sehala diletakkan had laju sekitar 70, 80 dan 90 KM/J yang setaraf dengan jalan persekutuan di kawasan luar bandar?

    Pernahkan mereka yang menentukan had laju ini memandu sendiri dengan kelajuan tersebut di lebuh raya - lebuh raya terbabit? Di sesetengah tempat  had laju lebuh raya dikurangkan sehingga 60 KM/J. Pernahkan mereka ini memandu dengan had laju bawah 60 KM/J terutama di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya atau di  mana-mana lebuh raya 3 KM sebelum plaza tol?

    Saya tidak menentang penentuan had laju, namunnya janganlah melampau-lampau dikurang seolah-olah disengajakan untuk tujuan menangkap mereka yang melebihi had laju.

    Hujahan pertama ini juga menjawab mengapa kemalangan maut tetap berlaku biar pun saman perangkap laju sentiasa diadakan. “Tempat lain yang bernanah, tempat lain yang diubati.”

    Keduanya, tindakan menetapkan jumlah kompaun saman yang sama tanpa mengambil kira kelajuan menunjukkan tembelang sebenar pembuat polisi kerajaan.  Semua orang yang faham logik akan tahu bahawa memandu kenderaan dengan kelajuan 110 KM/J tidak sama bahayanya dengan mereka yang memandu kenderaan pada tahap 170 KM/J atau 200 KM/J. 
    Namun kerajaan menetapkan jumlah saman yang sama kadarnya ke atas mereka yang melanggar had laju yang ditetapkan tanpa mengambil kira jumlah kelajuan tersebut.

    Sebagai contoh dalam sistem saman AES, sebuah kereta dipandu 110KM/J pada laluan had laju 90KM/J akan menerima jumlah kompaun yang sama dengan mereka yang memandu 200 KM/J pada laluan yang sama.  

    Maaf cakap, hanya orang bodoh sahaja beranggapan memandu 110 KM/J sama bahaya dengan memandu 200KM/J. Dan kumpulan manusia ini berada di kementerian Pengangkutan sekarang ini.

    Dengan kadar kompaun yang sama tanpa mengambil kira had laju kenderaan ia menunjukkan kerajaan hanya berminat mengutip kompaun saman bukannya mahu mendidik rakyat atau mencegah kemalangan.

    Bertambah jelas niat kerajaan apabila jumlah kompaun dikurangkan mengikut kecepatan orang yang disaman membayar saman. Sekiranya bayar dua minggu awal jumlahnya hanya RM 150. Jika bayar dua minggu lewat jumlahnya 200. Jika bayar selepas sebulan kompaun dikeluarkan jumlahnya RM 300.

    Apakah bahaya memandu laju bergantung kepada berapa cepat bayar kompaun?Jika bayar cepat, bahayanya kurang?

    Jadi jika sesiapa ada wang banyak macam “bapak-bapak Menteri, bapak-bapak Usahawan” bolehlah memandu Ferrari mereka selaju mana yang mungkin.

    Bayaran kompaunnya lebih murah daripada “penulis cabuk” macam saya yang hanya terlebih 15 KM/j daripada had laju. Ini kerana RM 150  bagi mereka hanya kos makan tengah hari, berbanding saya yang perlu menunggu gaji hujung bulan untuk bayar kompaun yang ketika itu sudah menjadi RM 300.

    Ketiga, mengapa AES banyak dipasang di lebuh raya-lebuh raya berbanding jalan Persekutuan? Kebanyakan kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal dan juga pengguna jalan Persekutuan.

    Sebaliknya JPJ lebih berminat menangkap mereka yang menggunakan lebuh raya kerana di sinilah orang ramai lebih mudah melebihi had laju kerana jalan yang elok dan tiada kesesakan terutamanya waktu malam.

    Jadi apakah kesimpulan yang dapat kita buat terhadap keadaan ini? Kerajaan hanya mahu kutip saman. Inilah persepsi rakyat biasa. Tidak penting berapa banyak kenyataan Menteri Pengangkutan, hakikatnya rakyat melihat dan mempercayai sebaliknya.

    Bolehkah Menteri Pengangkutan yang garang di kaca televisyen mempertahankan AES menjawab persoalan-persoalan ini?

    AES Perlukan Perubahan dan Pembaharuan

    MEMORANDUM PENANGGUHAN DAN PENAMBAHBAIKAN AES KEPADA KERAJAAN


    MENGGESA KERAJAAN MENANGUHKAN PELAKSANAAN AES DAN MEMBATALKAN SEMUA SAMAN AES.

    MELAKSANAKAN PENAMBAHBAIKAN AES SEHINGGA RAKYAT BERPUAS HATI BAHAWA AES DILAKSANAKAN UNTUK MENGURANGKAN KEMALANGAN MAUT BUKANNYA MENGUTIP WANG KOMPAUN.

    Jika benar AES bertujuan mencegah kemalangan bukannya mengutip wang rakyat bagi menambah perbendaharaan negara, kerajaan PERLU melakukan empat perkara berikut:

    Pertama, AES hendaklah dipasang di jalan-jalan Persekutuan yang banyak membabitkan banyak kemalangan maut akibat kelajuan melampau. Kamera-kamera AES di lebuh raya seperti Lebuh Raya Utara-Selatan, Kesas dan Lebuh Raya Putrajaya wajar dikaji semula dan sebahagiannya perlu pindahkan kerana ia jelas bertujuan mengutip kompaun bukannya mencegah kemalangan. 

    Kedua, jumlah kompaun hendaklah berbeza mengikut tahap kelajuan. Makin laju kenderaan melepasi had laju maka jumlah kompaun perlu lebih tinggi. Melalui kaedah ini barulah kerajaan memberi isyarat yang jelas mengenai bahaya memandu dengan kelajuan melampau. Jika jumlah kompaun sama sahaja akan wujud persepsi alang-alang langgar had laju baik terus ke maksimum sahaja kerana kompaun tetap sama.

    Ketiga, kaedah AES sekarang tidak akan memperlahankan kenderaan kerana konsep “alang telah terperangkap, baik terus bawa laju” akan diguna pakai. Apa guna memperlahankan kenderaan jika ia telah pun dirakam dan akan disaman.Jadi mana mungkin hasrat kerajaan bagi mengurangkan kemalangan akan tercapai.

    Jika benar kerajaan mahu pemandu memperlahankan kenderaan bukannya mengutip kompaun,  kamera AES hendaklah di pasang sebanyak dua biji bagi setiap titik perangkap had laju.

    Kamera pertama hendaklah merupakan satu bentuk amaran yang mengeluarkan pancaran cahaya (flash) bagi setiap kenderaan yang melebihi had laju. Kamera kedua diletakkan sekitar lima kilometer daripada kamera pertama dan berfungsi sebagai perakam sebenar kesalahan melebihi had laju.
    Dengan kaedah ini barulah menunjukkan kerajaan benar-benar mahu mengurangkan kemalangan jalan raya, bukannya mengutip kompaun. Ini memberi peluang pemandu memperlahankan kenderaan.

    Keempat, kerajaan perlu menubuhkan satu suruhanjaya khas yang bertanggungjawab memantau pelaksanaan AES. Suruhanjaya seperti ini telah ditubuhkan di beberapa negara maju termasuk Australia. Ia akan bertanggungjawab menerima aduan orang ramai dan menentukan sama ada wajar atau tidak AES dipasang di satu-satu tempat. Ini bagi mengelakkan AES dijadikan alat untuk mengutip kompaun bukannya mencegah kemalangan.

    Kami berharap kerajaan akan memberi perhatian kepada perkara ini sebelum ia menimbulkan sentimen kemarahan rakyat kepada kerajaan dan Barisan Nasional. Rakyat bukan tidak mahu mematuhi undang-undang, namun undang-undang yang dibuat, penguatkuasaan yang hendak dilaksanakan hendaklah masuk akal. Jangan nanti sudah terhantuk baru tergadah!