Tahukah Anda

Major cities in California, many of which were under contract with Redflex, decided to drop their cameras, including Riverside, Emeryville, Yuba City, Glendale, Gardena, Grand Terrace, Los Angeles and Pasadena
http://www.thenewspaper.com/news/38/3881.asp

Tuesday, January 29, 2013

AES - Tun Mahathir Diberi Maklumat Salah

1. Semalam, bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menulis dalam blognya mengkritik mereka yang mengkritik pelaksanaan Sistem PENGUATKUASAAN SECARA AUTOMATIK (AUTOMATED ENFORCEMENT SYSTEM) atau lebih dikenal sebagai AES. (Baca di sini)

2. Penulis merasa terkejut dengan tulisan Tun Mahathir kali ini kerana jelas beliau tidak diberi maklumat yang tepat. Mengapa sekian banyak pegawai penyelidik Tun Mahathir membiarkan pandangan Tun Mahathir dimanipulasi oleh syarikat pengendali AES. 

3. Tun mendakwa, "tidak ada siapa dimana-mana di dunia yang menentang kegunaan alat kesan laju ini." Kenyataan ini adalah sama sekali kerana di mana sahaja dilaksanakan sistem ini telah terdapat bantahan dan memorandum yang serius. Malahan dalam sesetengah kes ia telah menumbangkan beberapa wakil rakyat di peringkat Pilihan raya perbandaran yang menyokong AES ini. Di beberapa tempat lain kamera AES ini telah pun ditanggalkan oleh kerajaan.  

4. Keseluruhan hujahan Tun Mahathir bukan sahaja tidak benar malah terdapat kesalahan fakta yang serius. Tun Mahathir salah apabila menyatakan AES menjadi isu politik kerana ia dilakukan oleh pemerintah. Tun Mahathir merendah-rendahkan mereka yang mengkritik AES sebagai penentang sebarang tindakan kerajaan walaupun baik atas nama politik.



5. Untuk makluman Tun, isu ini bukan isu politik kepartian. Tapi tentulah kerana kebebalan pemimpin hari ini melaksanakannya menjelang pilihan raya maka ia diambil kesempatan oleh parti lawan.

6. Yang bermasalah dalam AES bukanlah batang tubuh kamera. Rakyat tidak membantah usaha kerajaan untuk mengurangkan kemalangan maut. Rang dikritik dan dibantah ialah cara pelaksanaan AES. Yang membantah bukan sahaja dari kalangan penyokong pembangkang tetapi juga ahli UMNO dan juga rakyat biasa. Penulis sendiri adalah ahli UMNO. Justeru apakah kerana penulis tidak bersetuju dengan cara pelaksanaan AES maka penulis dianggap sebagai penyokong parti lawan?

7. Tun perlu tahu bahawa bahawa majoriti yang mengkritik pelaksanaan AES bukanlah penyokong Pakatan. Malahan sebahagian besar tidak pun menolak AES secara dasar. Yang kami tolak ialah AES telah dijadikan alat untuk kerajaan mengutip duit bukannya mengurangkan kemalangan. Contohnya:

i. Tempat-tempat kamera AES diletak tidak pernah dibuktikan melalui statistik sebagai tempat kemalangan maut. Sebaliknya kamera AES diletakkan di tempat-tempat yang mudah untuk kerajaan memerangkap pemandu yang terlebih had laju.

ii. Had laju ditetapkan juga tidak masuk akal jika diambil kira struktur jalan, sistem jalan dan keadaan trafik. Ada had laju lebuh raya 3 lorong sehala lebih perlahan daripada jalan persekutuan yang bersimpang siur. Adakah Tun fikir kami ini bodoh, bangang dan bahlul untuk menerima sahaja AES tanpa persoalan? 

iii.Kaedah saman juga tidak masuk akal. Siapa mampu bayar awal dapat murah. Siapa bayar lambat bayar mahal. Sepatutnya makin laju kenderaan terbabit maka makin tinggi saman yang dikenakan. Sistem saman "cap ayam" ini membolehkan mereka yang kaya raya memandu selaju mungkin dengan ferari atau Posrche mereka 200K/J tetapi bayar saman lebih murah dari  Pak Mat atau Muthu yang memandu Iswara dengan kelajuan 100 Km/J.  

iv. Majoriti kemalangan maut akibat kelajuan berlaku di jalan Persekutuan, namun mengapa kamera ini lebih banyak di pasang di lebuh raya?

v. Apakah masuk akal ada tempat tertentu had laju lebuh raya tiga lorong hanya 80 KM/J, dan di sinilah diletakkan kamera AES. Had ini lebih rendah daripada jalan persekutuan yang melalui kawasan kampung dan bandar yang diletakkan had laju 90KM/J.

8. Berdasarkan penerangan ringkas ini cuba Tun fikir apakah AES ini mahu mengurangkan kemalangan atau hendak kutip saman saja.

9. Janganlah Tun menjadi alat kepada lalat-lalat dan langau-langau yang datang menerangkan isu semasa kepada Tun. Mereka ini sebenarnya ada agenda sendiri, ada kepentingan sendiri.  Kalau Tun tiada masa, mohon para pegawai Tun baca dan fahami apa masalah AES yang kami bangkitkan ini: