Tahukah Anda

Major cities in California, many of which were under contract with Redflex, decided to drop their cameras, including Riverside, Emeryville, Yuba City, Glendale, Gardena, Grand Terrace, Los Angeles and Pasadena
http://www.thenewspaper.com/news/38/3881.asp

Friday, November 9, 2012

Apa Motif Fuad Zarkashi?

Sudah beberapa kali Timbalan Menteri Pelajaran, Fuad Zarkashi, membuat kenyataan menyokong AES. Semalam beliau meminta kerajaan jangan melayan tuntutan pengkritik AES  agar sistem ini ditangguhkan. Minggu lalu beliau mahukan kerajaan jangan buat sebarang perubahan terhadap AES kerana ia akan menjadikan kerajaan Flip-flop.

Sekali lagi kita nampak, mereka yang berada di dalam kerajaan tidak memahami isu. Kita ulang lagi - AES memang baik jika dilaksanakan dengan betul. Malangnya, Fuad gagal memahami permasalahan-permasalahan yang dibangkitkan oleh orang ramai. 

Inilah masalah apabila kita melantik Menteri dan Timbalan Menteri yang pandai bercakap tetapi tidak boleh berfikir.

Kita tidak persoalkan pemasangan Kamera AES di kawasan sekolah-sekolah. Pasanglah beratus kamera pun. Letaklah berpuluh tempat saman ekor kerana mungkin jumlah kematian murid sekolah akibat dilanggar kereta laju sudah berpuluh orang setahun.

Yang kita persoalkan tidak bolehkah had laju dinaikkan sedikit dari 30KM/J kepada 50 KM/J sebelum di pasang AES. 

Jika had laju kekal 30KM/J pun kita tertanya-tanya apa perlu kamera AES di kawasan sekolah berfungsi 24 jam? Sepatutnya kamera ini hanya berfungsi di waktu persekolahan. Malangnya pada jam 12 malam pun kamera AES ini akan tetap merakam kenderaan yang memandu melebih had laju 30KM/J.

Ini yang Fuad Zarkashi tidak faham atau pura-pura tidak faham. Tidak perlulah beliau meminta beberapa Pengerusi PIBG sekolah menyokong kenyataan beliau dalam Utusan Malaysia hari ini kerana ia hanya menampakkan kemalasan berfikir mereka ini.

Kita juga tertanya-tanya apa motif Fuad beria-ia mempertahankan AES sehinggakan tidak boleh dikritik langsung. Adakah Fuad mempunyai agenda sendiri atau mempunyai hubung kait dengan salah sebuah syarikat AES ini. Apakah Fuad ada menerima sumbangan daripada pelobi-pelobi AES ini?

Pertanyaan-pertanyaan ini sangat relevan kerana Fuad yang berada di bawah potfolio lain begitu bersungguh mempertahankan AES.

Di kalangan ahli UMNO juga perlu bertanya, apakah Fuad ingin mensabotaj Barisan Nasional untuk keuntungan Anwar Ibrahim? Sebagai seorang yang pernah akrab dengan Anwar suatu ketika dahulu termasuk ketika di Yayasan Anda, maka kita berhak mempersoalkan motif Fuad begitu bersungguh menyokong AES. 

Adalah mustahil ketika Pemuda UMNO sendiri mengetahui kemarahan orang ramai terhadap cara AES dilaksanakan, Fuad memilih untuk menyokong tanpa agenda "udang sebalik batu".

Jika Fuad ikhlas mahu menyokong AES beliau sepatutnya menjawab kritikan-kritikan terhadap AES bukannya menyokong membuta-tuli. 

Lebih utama, Fuad sepatutnya menumpukan usaha-usaha menyelesaikan masalah sekolah berbanding bercakap soal keselamatan jalan raya. 

Ada sekolah di Lembah Klang sehingga sekarang jalan masuk ke pintu utamanya belum siap walaupun sudah dua tahun beroperasi. Pelajar tahun satu terpaksa merentasi padang bola sebelum sampai ke sekolah biar panas atau hujan. Apakah tindakan Fuad? Tiada apa-apa. Sebaliknya Timbalan Menteri yang pandai bercakap ini sibuk menjadi promoter AES.

- Editor

2 comments:

  1. Fuad Zarkashi ni mana paham orang ramai. Dia sorang saja betul. Tipikal Yayasan Anda/Abim punya keluaran.

    ReplyDelete
  2. Bodoh punya Timbalan Menteri... baca dulu ler cadangan orang bukan main hetam macam semua orang pembangkang semberono

    ReplyDelete