Tahukah Anda

Major cities in California, many of which were under contract with Redflex, decided to drop their cameras, including Riverside, Emeryville, Yuba City, Glendale, Gardena, Grand Terrace, Los Angeles and Pasadena
http://www.thenewspaper.com/news/38/3881.asp

Monday, November 5, 2012

FIKIR DULU SEBELUM MENYOKONG AES

Kami di sini tidak menentang sepenuhnya AES jika ia dilaksanakan secara telus, adil dan bukannya bertujuan mengutip saman. Namun hakikatnya, hari ini mereka memasang "jerangkap samar" di lebuh raya 2 dan 3 lorong sehala. Sebaliknya, jalan-jalan Persekutuan yang menjadi tempat banyak kemalangan maut diabaikan kerana sukar mendapat pulangan dan terdedah kepada vandalisme. 

Jangan berasa hairan atau aneh jika anda melihat terdapat penulis-penulis yang sebelum ini anti kepada kapitalisme melampau hari ini menyokong AES. Jika di Amerika Syarikat, syarikat ini sanggup menyaman kerajaan tempatan yang bercadang membatalkan perkhidmatan mereka, bayangkan berapa banyak mereka sanggup belanjakan untuk "enggage" dengan para penulis dan pembentuk pandangan awam di negara ini.

Desperate Photo Enforcement Firms Sue Cities
Photo radar companies go after municipal clients in Arizona and California to bring in more revenue.
Companies that operate red light cameras and speed cameras are facing increasing opposition across the country. In response, the firms have adopted a strategy of suing cities that have second thoughts about continuing to use cameras in their community. They have also been going after their own customers to collect as much revenue as possible.
Mereka yang menyokong AES mungkin terdiri daripada 3 kumpulan besar iaitu:

1. Percaya kepada mitos AES boleh mengurangkan kemalangan maut dengan drastik.
2. Merasakan perlu untuk mempertahankan apa sahaja dasar kerajaan 
3. Dibayar oleh pelobi-pelobi teknologi ini.

Kepada anda yang percaya bahawa AES yang telah dipasangkan sekarang bukan bertujuan mengurangkan kemalangan tetapi untuk mengutip kompaun sila nyatakan pandangan anda di mana sahaja. Sebarkan laman ini, Like Facebook kami, dan yang penting desak wakil rakyat anda bercakap.

Kita bukan menentang AES, tapi kita mahukan ia dilaksanakan mengikut tujuan asal untuk mengurangkan kemalangan maut akibat kelajuan dan langgar lampu merah. Jabatan Pengangkutan Jalan sila nyatakan justifikasi pemasangan 7 kamera AES di Putrajaya. Berapa orang mati akibat kemalangan maut di Putrajaya sepanjang tahun ini sehingga sebanyak itu kamera di pasang?

-Editor

1 comment:

  1. Apa kata Tuan Editor atau tuanpunya blog menyenaraikan semua email dan no. handphone YB-YB serta ahli-ahli Parlimen, supaya kita semua boleh menghantar bantahan secara direct kepada mereka. Juga email dan handphone pihak-pihak di sebelah kerajaan seperti JPJ, kementerian pengangkutan, dsb.

    ReplyDelete