Tahukah Anda

Major cities in California, many of which were under contract with Redflex, decided to drop their cameras, including Riverside, Emeryville, Yuba City, Glendale, Gardena, Grand Terrace, Los Angeles and Pasadena
http://www.thenewspaper.com/news/38/3881.asp

Wednesday, August 21, 2013

Dengan Gangster Takut, Dengan Pengguna Jalan Raya Bukan Main Garang

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hisahmuddin Tun Hussien membuat kenyataan akhbar semalam membabitkan AES yang hanya menekankan kepentingan AES dan juga janji beliau akan menekan pengguna jalan raya dengan sistem kejara jika tidak membayar saman AES. 

Bersengkongkol dengan Peguam Negara yang tidak lagi berani membawa kes AES ke Mahkamah, mereka ingin menekan pengguna jalan raya agar membayar saman AES atau berhadapan dengan pemotongan mata dalam sistem kejara. 

Mana janji Peguam Negara suatu ketika dahulu bahawa semua kes AES tidak boleh diselesaikan melalui kompaun tetapi kena dihadapkan ke mahkamah?

Kedua-dua orang besar negara ini sangat terkenal dengan "ketakutan" kepada kongsi gelap dan gangster sehinggakan dihapuskan Ordinan Darurat dan jenayah berat berlaku secara berleluasa sebelum Zahid Hamidi menjadi Menteri Dalam Negeri.

Bacalah kenyataan Media PEMANGKU MENTERI PENGANGKUTAN DAN PERDANA MENTERI MASA DEPAN INI.


Pelaksanaan Automated Enforcement System (AES)
Putrajaya, 20 Ogos 2013

Ops Selamat yang dilancarkan pada 1 Ogos hingga 15 Ogos lalu telah mencatatkan 258 kes kemalangan maut iaitu peningkatan sebanyak 14.2 peratus berbanding 226 kes kemalangan maut yang dicatatkan pada Ops Selamat tahun lalu. Peningkatan angka ini membuktikan bahawa kesedaran dan sikap pemanduan rakyat Malaysia tidak banyak berubah. Malah ia terus menjadi masalah yang berlanjutan sehingga membelenggu kita setiap kali tibanya musim perayaan.
Dalam konteks ini, pihak kerajaan melihat pelaksanaan Automated Enforcement System (AES) merupakan salah satu usaha terbaik dalam mendidik dan memberi peringatan kepada pengguna jalan raya di negara ini.
Ini kerana, 14 kamera AES yang dipasang secara rintis di seluruh negara telah mencatatkan kadar penurunan saman sehingga 65 peratus dari segi kesalahan memandu melebihi had laju (dari Januari 2013 hingga Jun 2013). Penurunan kadar saman ini menunjukkan bahawa pelaksanaan AES memberi kesan terhadap cara pemanduan rakyat Malaysia.
Atas dasar ini, Kementerian Pengangkutan bersama pihak-pihak berkepentingan (stake holders) telah melakukan penilaian holistik terhadap sistem ini dengan mengambil kira semua pandangan, keluhan, permasalahan serta isu-isu yang dibangkitkan oleh semua pihak khususnya pengguna jalan raya.
Hasil daripada penilaian holistik ini telah dibawa kepada Mesyuarat Majlis Ekonomi (EC) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri semalam (19 Ogos 2013) bagi memutuskan penyelesaian yang adil dan tepat berhubung pelaksanaan AES. Justeru, susulan daripada mesyuarat ini serta mengambil kira keluhan rakyat, pihak kerajaan telah mempertimbangkan:
i) Secara dasarnya, operasi 14 kamera AES akan diteruskan. Namun demikian, penambahan dan perluasan skop AES akan diperhalusi di peringkat Jawatankuasa Pemandu dengan mengambil kira isu-isu yang berkaitan.
ii) Modul yang digunapakai sebelum ini melibatkan Revenue Sharing akan dipinda agar pelaksanaan AES lebih telus, adil dan saksama kepada semua pihak.
iii) Kerajaan akan mengambil alih operasi dan penguatkuasaan sistem AES daripada syarikat pengendali sedia ada, menerusi lantikan sebuah syarikat milik penuh kerajaan.
iv) Penubuhan Jawatankuasa Pemandu yang dipengerusikan oleh Menteri Pengangkutan merangkumi Kementerian dan Agensi terlibat termasuk Kementerian Kewangan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Peguam Negara, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Pemandu, Jabatan Kerja Raya (JKR), dan lain-lain.
Jawatankuasa Pemandu ini akan menentukan hala tuju dan perluasan pelaksanaan AES termasuk garis panduan serta penyelarasan dari segi perundangan, kewangan, operasi dan komunikasi.
Sebagai contoh, Jawatankuasa Kecil Perundangan yang dipengerusikan oleh Peguam Negara akan melihat secara khusus status pembayaran saman, tunggakan di mahkamah dan penyelarasan kadar saman.
Jawatankuasa Kecil Kewangan yang diterajui oleh Kementerian Kewangan pula akan melihat kepada urusan pengambilalihan saham dari syarikat konsesi oleh syarikat penuh milik kerajaan.
Manakala Jawatankuasa Kecil Operasi yang diterajui Kementerian Pengangkutan dan PDRM akan melihat kepada aspek-aspek perluasan AES dengan mengambil kira kajian agensi berkaitan dan maklum balas daripada rakyat.
Selain itu, mesyuarat EC juga telah memutuskan bahawa sistem AES diselaraskan dengan sistem merit KEJARA yang membolehkan lesen memandu pesalah lalu lintas digantung sekiranya pesalah gagal menjelaskan saman AES ataupun melakukan kesalahan berulang kali.
Perlu ditegaskan bahawa pelaksanaan sistem ini bukannya bertujuan memerangkap rakyat atau memberi keuntungan kepada syarikat swasta dari segi kutipan saman, sebaliknya ianya bagi mendidik pengguna jalan raya agar lebih berdisiplin, berhati-hati sekali gus mengurangkan kemalangan jalan raya di negara ini.

YB. Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia 

No comments:

Post a Comment